Tuesday, December 30, 2014

Makan- Makan Muar ( Wak Jos)

Kalau mencari seafood, tempat paling femes di Muar adalah di Sabak Awor.
Kalau di food court Sabak Awor tu ada banyak kedai yang boleh pilih.
Jalan-jalan dulu tengok seafood apa yang ada, segar atau tak dan harganya.

Ataupun, anda boleh ke kedai Wak Jos.
Dekat je dengan food court tu.
Kedai nie ada dibangunan baru.
Kedainya hujung sekali.




Masak tiga rasa

Pilih bermacam menu masakan ada.

Saturday, December 27, 2014

Google Map Bakri Inn Homestay

Cari kami di Google Map sekarang!

Jika masih tidak jumpa homestay, terus hubungi kami ye!

016-382 7895


Thursday, December 4, 2014

Makan - Makan Muar ( Burger Powwer)

Malam hari bila kita lapar tapi tak mahu makan berat, burger adalah pilihan terbaik. Pada hari ni, pilihan burger bakar adalah Burger Powwer. Burger nie pernah gempak seketika di Muar.

Lokasi : Depan Pangsapuri Intan & Pangsapuri Permata di Jalan Haji Jaib ( sebaris dengan Econsave)
Harga: RM 8- RM 15 ( bergantung pada burger)

Makan berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah memang feeling habisla. Tempat nie juga sediakan kerusi dan meja kalau nak makan kat sini. Air juga boleh beli kat sini. Tapi pilihan terhad sahaja. Kalau warung sebelah buka, boleh la order air dari warung sebelah. Takde hal la. Rezeki harus dikongsi bersama.

Yang cool kat sini adalah nama burger dia yang gempak. Maaf la dah tak ingat nama burger dia. Bugati ke macam tu la. Kami sempat try 2 jenis burger saja. 
Yang nie lebih gempak dan lebih tinggi. Harus harga pun lebih.

Yang tinggi tower nie harga dalam RM 15. Daging banyak, tapi mungkin agak dry sikit. Kurang sayur dan sos yang boleh menjadikkan presentation dan rasa dia lagi nyum.

Yang nie harga dia RM 10 ( sebab amik ayam kot. Kalau daging RM 8 rasanya. Ke terbalik? Pergi la sendiri tanya)


Itu 2 saja menu Burger Powwer Muar yang kami cuba. Mungkin dapat ditingkatkan lagi sedap dengan kasi itu sayur & sos lebih dan meleleh. Dan cadangan untuk letak saja gambar burger pada setiap nama burger. Memang menu tak banyak dan boleh diterangkan, tapi kalau ada dekat 40 customer satu hari, kering jugak tekak abang burger nak explain burger satu-satu kan.


#bakriinnhomestay
016-382 7895
Keselesaan Anda, Keutamaan Kami.

Saturday, November 29, 2014

Makan- Makan Muar ( Sarap Sate)

Muar terkenal dengan menu sarapan pagi yang unik iaitu sate. Jadi, hari nie kami ke Renney's Satay Muar untuk sarap.

Renney's Sate Muar. Penuh kerusi, lagi lagi kalau pergi hujung minggu.

Kedai ni terletak di bandar Muar, depan Hotel D'99 tu. 

Antara menu sarapan yang ada ialah Sate, Nasi Ayam, Lontong, Mee Rebus, Mee Bandung dll.

Untuk kali ni, kami try Mee Rebus, Lontong dan Sate.

Kalau ke kedai Sate, harus cuba sate.

Sedap satenye. Paling suka  kat sini adalah sate babat aka sate perut. Bila makan panas-panas tu, terasa macam cair je babat dalam mulut. 

Arghh..sedapnya babat tersebut.
Seterusnya, kita try makan Mee Rebus dan Lontong pula ye.

Mee Rebus.

Lontong. Tapi tak berapa sedap la. Sayur kurang. Letak kuah kacang pun masih kurang sedap. Mungkin sebab ramai orang.






Seterusnya, kita try makan Mee Rebus dan Lontong pula ye. Boleh la makan. Tapi sate dia memang wajib try. Dah memang specialty mereka adalah sate pun kan.

Jadi, lepas nie kalau nak sarap di Muar,boleh la try sate di Renney's Satay Muar.


#bakriinnhomestay
016-382 7895
Keselesaan Anda, Keutamaan Kami.



Friday, November 14, 2014

Bakri Inn Homestay Instant Street View

Menggunakan Instant Street View, anda dapat melihat bahagian hadapan Bakri Inn Homestay.

Jika masih tidak jumpa rumah ini, terus hubungi kami ye!


Wednesday, October 1, 2014

Public Kitchen Under Renovation

To better serve our guest, we are renovating our public kitchen so that it will be more comfortable to be used.

Our guests are welcome to use our public or common kitchen together. You may use the kitchen utensil etc there.

Will update our kitchen new look when renovation finish.

KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI!
Your Comfort is Our Priority

Public Kitchen Under Renotion

Tuesday, September 30, 2014

[VIDEO] Landmark dari Bakri Inn Homestay

Dari Bakri Inn Homestay, ada beberapa landmark yang dapat diberikan.

Dari simpang tiga Jalan Haji Kosai, terdapat Petronas Jalan Haji Kosai, Toyota Service Center, Kedai Runcit Mini dan Rumah Kedai ( dalam pembinaan).

Diharap landmark ini dapat bantu anda menjumpai Bakri Inn Homestay.

p/s: Kualiti video agak rendah.


Sunday, September 21, 2014

Muar : From The Other Side of The River

This are pictures taken from the other of the Muar river.

You can see many important building which also become Muar landmark here.

There you can see Hotel Traders, Masjid Jamek, Istana Hinggap, Pejabat Tanah etc.