Makan - Makan Muar ( Burger Powwer)

Malam hari bila kita lapar tapi tak mahu makan berat, burger adalah pilihan terbaik. Pada hari ni, pilihan burger bakar adalah Burger Powwer. Burger nie pernah gempak seketika di Muar.

Lokasi : Depan Pangsapuri Intan & Pangsapuri Permata di Jalan Haji Jaib ( sebaris dengan Econsave)
Harga: RM 8- RM 15 ( bergantung pada burger)

Makan berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah memang feeling habisla. Tempat nie juga sediakan kerusi dan meja kalau nak makan kat sini. Air juga boleh beli kat sini. Tapi pilihan terhad sahaja. Kalau warung sebelah buka, boleh la order air dari warung sebelah. Takde hal la. Rezeki harus dikongsi bersama.

Yang cool kat sini adalah nama burger dia yang gempak. Maaf la dah tak ingat nama burger dia. Bugati ke macam tu la. Kami sempat try 2 jenis burger saja. 
Yang nie lebih gempak dan lebih tinggi. Harus harga pun lebih.

Yang tinggi tower nie harga dalam RM 15. Daging banyak, tapi mungkin agak dry sikit. Kurang sayur dan sos yang boleh menjadikkan presentation dan rasa dia lagi nyum.

Yang nie harga dia RM 10 ( sebab amik ayam kot. Kalau daging RM 8 rasanya. Ke terbalik? Pergi la sendiri tanya)


Itu 2 saja menu Burger Powwer Muar yang kami cuba. Mungkin dapat ditingkatkan lagi sedap dengan kasi itu sayur & sos lebih dan meleleh. Dan cadangan untuk letak saja gambar burger pada setiap nama burger. Memang menu tak banyak dan boleh diterangkan, tapi kalau ada dekat 40 customer satu hari, kering jugak tekak abang burger nak explain burger satu-satu kan.


#bakriinnhomestay
016-382 7895
Keselesaan Anda, Keutamaan Kami.

Ulasan