Catatan

Dewan Seminar sudah mula digunakan

Imej
Dewan seminar yang baru telah siap dan Alhamdulliah telah dapat digunakan pada minggu lepas. Terima kasih diucapkan kepada pelajar dan pensyarah UTM Skudai dari Fakulti Alam Bina yang menginap di homestay kami. Juga menjadi antara yang pertama dapat menggunakan kemudahan dewan seminar ini. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa demi memberikan keselesaan kepada anda semua. Berminat untuk menyewa dewan seminar sahaja? Atau ingin menyewa homestay berserta dewan seminar? Boleh saja hubungi kami di 016-382 7895 atau 019-759 5712 untuk tempahan. Sesuai digunakan untuk mesyuarat, seminar, majlis reunion dan lain-lain.

Bilik Seminar & Mesyuarat under construction

Imej
Tak lama lagi, anda juga boleh sewa dan gunakan bilik seminar di #bakriinnhomestay. Sekarang masih dalam pembinaan. Dalam seminggu dua lagi, insyaAllah akan siap. Boleh la anda gunakan untuk buat majlis reunion, seminar atau mesyuarat. Gambar lepas siap akan diupdate nanti!

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Imej
Malam ini kita ke sini! Malam-malam mencari tempat makan memang mencabar. Kali ini, #bakriinnhomestay ingin ajak anda makan seafood di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dimana tu? Di Sabak Awor la. Tak jauh pun dari Bakri Inn Homestay, lebih kurang dalam 15 minit perjalanan. Disini ada banyak pilihan kedai. Tengoklah harga dan kesegaran ikan ye. Ini gambar time tengah bukan, gaji tak masuk lagi. Lepas gaji memang penuh semua table nie Kat sini mejanya banyak dan tempatnya luas. Jadi, kalau nak makan beramai-ramai tu memang cantik sangat la. Parking pun ada, free je. Menu : Sotong goreng, Siakap Stim Tomyam, Lala Halia dan Sayur Chap Chai Siakap Stim Tomyam Antara pilihan seafood yang ada macam ikan siakap,sotong,udang,lala,siput pahat,ikan parit dll. Cara masak pun ada pelbagai dari masak sambal, sweet sour,tiga rasa, steam halia,steam tomyam dll. Ada Anjung kat sini, kalau nak privacy gitu, boleh pilih duduk sini. Tepi pokok bakau. Oh ya, me

Jalan - Jalan Muar ( Sungai Muar River Cruise)

Imej
Rombongan dari PKPGB UTM yang menginap di Bakri Inn Homestay sempat menaiki Muar River Cruise di Tanjung Emas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit bermula dari Jeti Tanjung Emas. Bot akan melalui beberapa landmark menarik di sekitar Sungai Muar seperti Pejabat Tanah, Istana Hinggap, Masjid Jamek Muar, Jambatan Sultan Ismail,  Pasar Awam Muar sehingga hampir ke Jambatan Kedua Muar dan kembali. Tiket boleh dibeli di Jeti Tanjung Emas dengan harga RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak. Kita bertolak sebentar lagi. Jadi pemandu pelancong sebentar Masjid Jamek Muar Istana Hinggap Pejabat Tanah Melalui bawah Jambatan Sultan Ismail

Jalan - Jalan Muar (Tanjung Emas)

Imej
Petang di Muar boleh dihabiskan sekitar Tanjung Emas. Banyak tempat boleh kita pergi. Kali nie kita pergi berjogging sekitar Tanjung Emas. Track jogging disediakan yang turut melalui sebelah Kelab Golf. Kalau tak nak jogging boleh duduk-duduk berehat di gazebo yang disediakan.

Makan- Makan Muar ( Wak Jos)

Imej
Kalau mencari seafood, tempat paling femes di Muar adalah di Sabak Awor. Kalau di food court Sabak Awor tu ada banyak kedai yang boleh pilih. Jalan-jalan dulu tengok seafood apa yang ada, segar atau tak dan harganya. Ataupun, anda boleh ke kedai Wak Jos. Dekat je dengan food court tu. Kedai nie ada dibangunan baru. Kedainya hujung sekali. Masak tiga rasa Pilih bermacam menu masakan ada.

Google Map Bakri Inn Homestay

Cari kami di Google Map sekarang! Jika masih tidak jumpa homestay, terus hubungi kami ye! 016-382 7895