Malam hari bila kita lapar tapi tak mahu makan berat, burger adalah pilihan terbaik. Pada hari ni, pilihan burger bakar adalah Burger Powwer. Burger nie pernah gempak seketika di Muar. Lokasi : Depan Pangsapuri Intan & Pangsapuri Permata di Jalan Haji Jaib ( sebaris dengan Econsave) Harga: RM 8- RM 15 ( bergantung pada burger) Makan berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah memang feeling habisla. Tempat nie juga sediakan kerusi dan meja kalau nak makan kat sini. Air juga boleh beli kat sini. Tapi pilihan terhad sahaja. Kalau warung sebelah buka, boleh la order air dari warung sebelah. Takde hal la. Rezeki harus dikongsi bersama. Yang cool kat sini adalah nama burger dia yang gempak. Maaf la dah tak ingat nama burger dia. Bugati ke macam tu la. Kami sempat try 2 jenis burger saja. Yang nie lebih gempak dan lebih tinggi. Harus harga pun lebih. Yang tinggi tower nie harga dalam RM 15. Daging banyak, tapi mungkin agak dry sikit. Kurang sayur dan sos ...