Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makan makan Muar

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Imej
Malam ini kita ke sini! Malam-malam mencari tempat makan memang mencabar. Kali ini, #bakriinnhomestay ingin ajak anda makan seafood di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dimana tu? Di Sabak Awor la. Tak jauh pun dari Bakri Inn Homestay, lebih kurang dalam 15 minit perjalanan. Disini ada banyak pilihan kedai. Tengoklah harga dan kesegaran ikan ye. Ini gambar time tengah bukan, gaji tak masuk lagi. Lepas gaji memang penuh semua table nie Kat sini mejanya banyak dan tempatnya luas. Jadi, kalau nak makan beramai-ramai tu memang cantik sangat la. Parking pun ada, free je. Menu : Sotong goreng, Siakap Stim Tomyam, Lala Halia dan Sayur Chap Chai Siakap Stim Tomyam Antara pilihan seafood yang ada macam ikan siakap,sotong,udang,lala,siput pahat,ikan parit dll. Cara masak pun ada pelbagai dari masak sambal, sweet sour,tiga rasa, steam halia,steam tomyam dll. Ada Anjung kat sini, kalau nak privacy gitu, boleh pilih duduk sini. Tepi pokok bakau. Oh ya, me

Makan- Makan Muar ( Wak Jos)

Imej
Kalau mencari seafood, tempat paling femes di Muar adalah di Sabak Awor. Kalau di food court Sabak Awor tu ada banyak kedai yang boleh pilih. Jalan-jalan dulu tengok seafood apa yang ada, segar atau tak dan harganya. Ataupun, anda boleh ke kedai Wak Jos. Dekat je dengan food court tu. Kedai nie ada dibangunan baru. Kedainya hujung sekali. Masak tiga rasa Pilih bermacam menu masakan ada.

Makan - Makan Muar ( Burger Powwer)

Imej
Malam hari bila kita lapar tapi tak mahu makan berat, burger adalah pilihan terbaik. Pada hari ni, pilihan burger bakar adalah Burger Powwer. Burger nie pernah gempak seketika di Muar. Lokasi : Depan Pangsapuri Intan & Pangsapuri Permata di Jalan Haji Jaib ( sebaris dengan Econsave) Harga: RM 8- RM 15 ( bergantung pada burger) Makan berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah memang feeling habisla. Tempat nie juga sediakan kerusi dan meja kalau nak makan kat sini. Air juga boleh beli kat sini. Tapi pilihan terhad sahaja. Kalau warung sebelah buka, boleh la order air dari warung sebelah. Takde hal la. Rezeki harus dikongsi bersama. Yang cool kat sini adalah nama burger dia yang gempak. Maaf la dah tak ingat nama burger dia. Bugati ke macam tu la. Kami sempat try 2 jenis burger saja.  Yang nie lebih gempak dan lebih tinggi. Harus harga pun lebih. Yang tinggi tower nie harga dalam RM 15. Daging banyak, tapi mungkin agak dry sikit. Kurang sayur dan sos yang

Makan- Makan Muar ( Sarap Sate)

Imej
Muar terkenal dengan menu sarapan pagi yang unik iaitu sate. Jadi, hari nie kami ke Renney's Satay Muar untuk sarap. Renney's Sate Muar. Penuh kerusi, lagi lagi kalau pergi hujung minggu. Kedai ni terletak di bandar Muar, depan Hotel D'99 tu.  Antara menu sarapan yang ada ialah Sate, Nasi Ayam, Lontong, Mee Rebus, Mee Bandung dll. Untuk kali ni, kami try Mee Rebus, Lontong dan Sate. Kalau ke kedai Sate, harus cuba sate. Sedap satenye. Paling suka  kat sini adalah sate babat aka sate perut. Bila makan panas-panas tu, terasa macam cair je babat dalam mulut.  Arghh..sedapnya babat tersebut. Seterusnya, kita try makan Mee Rebus dan Lontong pula ye. Mee Rebus. Lontong. Tapi tak berapa sedap la. Sayur kurang. Letak kuah kacang pun masih kurang sedap. Mungkin sebab ramai orang. Seterusnya, kita try makan Mee Rebus dan Lontong pula ye. Boleh la makan. Tapi sate dia memang wajib try. Dah memang specialty mereka adalah sate pu