Malam ini kita ke sini! Malam-malam mencari tempat makan memang mencabar. Kali ini, #bakriinnhomestay ingin ajak anda makan seafood di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dimana tu? Di Sabak Awor la. Tak jauh pun dari Bakri Inn Homestay, lebih kurang dalam 15 minit perjalanan. Disini ada banyak pilihan kedai. Tengoklah harga dan kesegaran ikan ye. Ini gambar time tengah bukan, gaji tak masuk lagi. Lepas gaji memang penuh semua table nie Kat sini mejanya banyak dan tempatnya luas. Jadi, kalau nak makan beramai-ramai tu memang cantik sangat la. Parking pun ada, free je. Menu : Sotong goreng, Siakap Stim Tomyam, Lala Halia dan Sayur Chap Chai Siakap Stim Tomyam Antara pilihan seafood yang ada macam ikan siakap,sotong,udang,lala,siput pahat,ikan parit dll. Cara masak pun ada pelbagai dari masak sambal, sweet sour,tiga rasa, steam halia,steam tomyam dll. Ada Anjung kat sini, kalau nak privacy gitu, boleh pilih duduk sini. Tepi pokok bakau. Oh ya, me...