Catatan

Lady Bikers Johor at Bakri Inn Homestay

Imej
Tetamu Bakri Inn Homestay pada 17 Mac 2018. Terima kasih daun keladi, nanti boleh kesini lagi. Hubungi 016-382 7895 untuk tempahan homestay.

Syurga Kain Tangkak Johor

Imej
Pemandangan di Bandar Tangkak, Johor Tidak sampai satu jam dari Bakri Inn Homestay ,anda boleh ka bandar Tangkak yang terkenal sebagai "Syurga Kain". Terdapat banyak kedai menjual kain pasang dan baju siap dengan harga berpatutan disini. Tangkak asalnya terletak dalam daerah Muar sebelum dipecahkan menjadi daerah Ledang. Selain membeli-belah kain, anda juga boleh ke Gunung Ledang kira-kira 17km dari bandar Tangkak. Menginaplah di Bakri Inn Homestay jika berkunjung ke daerah Tangkak atau Muar. Muar Bandar Diraja, Johor Darul Takzim. #orangmuogayamuo Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Blog: http://bakriinnhomestay.blogspot.my FB: http://fb.com/bakriinnhomestay Instagram: http://instagram.com/bakriinnhomestay

Return Express Bus from Muar to Kuala Lumpur | Cara Naik Bas ke Muar | How to get to Muar Johor

Imej
If you want to go back to Kuala Lumpur (KL) from Muar with bus, you can head over to Muar Express Bus Station. There are a few bus operators going to KL with buses every other hour. Two most used buses are Mayang Sari and Maharani. You can also book online ticket bus to Muar and from Muar via busonlineticket.com  . Limited time RM5 cashback for first purchase busonline Counter 4 Maharani Bus Mayang Sari Bus has a few counters Whenever you arrive at the bus station, a few man will approach you to sell you bus ticket. Don’t worry they won’t cheat you. They are getting paid by the bus operator and you will get real ticket. In front of ticket counter If they ask, you can just tell them where you want to go. They will ask you to pay and give your ticket. Sometimes, they will bring you to the counter to get the ticket. Prepare small change as it will makes thing easier for them too. Ticket bus RM 17.60. Behind ticket counter is taxi center and a small food co...

Selatan Bikers at Bakri Inn Homestay 2017

Imej

Parit Jawa Muar Johor

Imej
Pemandangan di jeti Parit Jawa Muar. Dari Pekan Parit Jawa, anda boleh ke Pasar Ikan Parit Jawa untuk membeli barangan dapur dan ikan-ikan dan seafood segar yang lain. Kemudian boleh terus ke belakang di jeti Parit Jawa. Deretan sampan dan bot nelayan berlabuh disini mencantikkan pemandangan. Medan makan Parit Jawa juga mempunyai banyak kedai makan dengan pelbagai pilihan makanan terutamanya asam pedas Parit Jawa. Menginaplah di Bakri Inn Homestay untuk menikmati makanan enak dan tempat menarik disekitar Muar Bandar Diraja. Muar Bandar Diraja, Johor Darul Takzim. #orangmuogayamuo Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Blog: http://bakriinnhomestay.blogspot.my FB: http://fb.com/bakriinnhomestay Instagram: http://instagram.com/bakriinnhomestay Jangan lupa like & Subscribe channel Youtube jika suka

Peta travel bandar Muar

Imej
Peta bandar Muar dengan beberapa tempat menarik sekitar bandar. Boleh beri idea kemana nak berjalan di bandar Muar. Map & travel guide credit to Yi Travel Muar. Contact us +6016-3827895 for accommodation.

Review Tetamu

Imej
Apa kata tetamu yang telah menginap di Bakri Inn Homestay? Hubungi Nabila 016-3827895 untuk tempahan homestay Muar. Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi memberikan review serta cadangan penambahbaikan. Mereka sudah, anda bila lagi? Marilah bercuti di Muar dan rehatkan badan di Bakri Inn Homestay.

Video Bakri Inn Homestay

Imej

Senarai tempat menarik sekitar Bakri Inn Homestay

Imej
Updated page dalam blog Bakri Inn Homestay! Untuk melihat senarai tempat makan, tempat menarik dan lain-lain berhampiran homestay, boleh ke bahagian atas blog dan klik sana. Jarak dan masa berdasarkan anggaran google. Boleh guna Google Map atau Waze untuk dapatkan direction ke tempat menarik ini! Untuk tempahan atau booking homestay boleh terus hubungi Nabila di 016- 382 7895

Sukan Johor Muar 2016

Imej
Muar Tuan Rumah Sukan Johor 2016 Tarikh :12-16 Mac 2016 Tempat: Bandar Maharani, Muar Johor Aturcara: 13 Mac 2016 Majlis Perasmian Pembukaan (Stadium Sultan Ibrahim Muar , 8.30 mlm) 13-16 Mac 2016 Acara Badminton (Dewan Badminton 99 Jalan Sakeh) Acara Lumba Basikal (Dataran Tanjung Emas/Kompleks Sukan Pagoh) Acara Memanah (Maktab Rendah Sains Mara) Acara Pencak Silat (Dewan SMKA Maahad Muar) Acara Petanque (Gelanggang Petanque SMK Tun Perak) Acara Kayak (Muara Sungai Muar) Acara Olahraga (Stadium Sultan Ibrahim) Acara Sepak Takraw (Kompleks Sukan Pagoh) 16 Mac 2016 Majlis Perasmian Penutup (Dataran Tanjung Emas, 8.30mlm) Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sukan Johor Muar 2016

BBQ di Bakri Inn Homestay Muar Johor

Imej
Mari bercuti dan BBQ di Bakri Inn Homestay dengan tempat pembakar dan keperluan BBQ disediakan dengan sedikit bayaran. Sesuai untuk jamuan makan, sambutan, hari keluarga dan lain-lain.

Diskaun 10% untuk tetamu Bakri Inn Homestay

Imej
Kupon Diskaun Butik Mekraj Sempena cuti sekolah pada tahun ini, kami di Bakri Inn Homestay ingin memberikan kupon diskaun kepada tetamu kami. Tetamu akan menerima kupon diskaun 10% untuk sebarang pembelian di Butik Mekraj. Hanya tunjukkan kupon untuk menebus diskaun tawaran hujung tahun ini. Promosi ini akan berlangsung sehingga bulan Mac 2016. Selamat beristirehat di Bakri Inn dan membeli belah pelbagai keperluan pakaian di Butik Mekraj! Alamat seperti dibawah. Beli belah pakaian di Butik Mekraj bertempat di NAFAS Mall Muar Johor

Bakri Inn Homestay di booking.com

Imej
Bakri Inn Homestay sudah disenaraikan di booking.com.Boleh tengok profile kami disini. http://www.booking.com/hotel/my/bakri-inn-homestay.html Jika sudah book di booking.com, mohon hubungi kami segera untuk confirmation. Risau jika sudah overbook dan website lambat update. Dan lebih baik jika anda book terus dari kami. Terus dapat confirmation dan bayar deposit. Hubungi Nabila : 016- 382 7895

Dewan Seminar sudah mula digunakan

Imej
Dewan seminar yang baru telah siap dan Alhamdulliah telah dapat digunakan pada minggu lepas. Terima kasih diucapkan kepada pelajar dan pensyarah UTM Skudai dari Fakulti Alam Bina yang menginap di homestay kami. Juga menjadi antara yang pertama dapat menggunakan kemudahan dewan seminar ini. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa demi memberikan keselesaan kepada anda semua. Berminat untuk menyewa dewan seminar sahaja? Atau ingin menyewa homestay berserta dewan seminar? Boleh saja hubungi kami di 016-382 7895 atau 019-759 5712 untuk tempahan. Sesuai digunakan untuk mesyuarat, seminar, majlis reunion dan lain-lain.

Bilik Seminar & Mesyuarat under construction

Imej
Tak lama lagi, anda juga boleh sewa dan gunakan bilik seminar di #bakriinnhomestay. Sekarang masih dalam pembinaan. Dalam seminggu dua lagi, insyaAllah akan siap. Boleh la anda gunakan untuk buat majlis reunion, seminar atau mesyuarat. Gambar lepas siap akan diupdate nanti!

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Imej
Malam ini kita ke sini! Malam-malam mencari tempat makan memang mencabar. Kali ini, #bakriinnhomestay ingin ajak anda makan seafood di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dimana tu? Di Sabak Awor la. Tak jauh pun dari Bakri Inn Homestay, lebih kurang dalam 15 minit perjalanan. Disini ada banyak pilihan kedai. Tengoklah harga dan kesegaran ikan ye. Ini gambar time tengah bukan, gaji tak masuk lagi. Lepas gaji memang penuh semua table nie Kat sini mejanya banyak dan tempatnya luas. Jadi, kalau nak makan beramai-ramai tu memang cantik sangat la. Parking pun ada, free je. Menu : Sotong goreng, Siakap Stim Tomyam, Lala Halia dan Sayur Chap Chai Siakap Stim Tomyam Antara pilihan seafood yang ada macam ikan siakap,sotong,udang,lala,siput pahat,ikan parit dll. Cara masak pun ada pelbagai dari masak sambal, sweet sour,tiga rasa, steam halia,steam tomyam dll. Ada Anjung kat sini, kalau nak privacy gitu, boleh pilih duduk sini. Tepi pokok bakau. Oh ya, me...

Jalan - Jalan Muar ( Sungai Muar River Cruise)

Imej
Rombongan dari PKPGB UTM yang menginap di Bakri Inn Homestay sempat menaiki Muar River Cruise di Tanjung Emas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit bermula dari Jeti Tanjung Emas. Bot akan melalui beberapa landmark menarik di sekitar Sungai Muar seperti Pejabat Tanah, Istana Hinggap, Masjid Jamek Muar, Jambatan Sultan Ismail,  Pasar Awam Muar sehingga hampir ke Jambatan Kedua Muar dan kembali. Tiket boleh dibeli di Jeti Tanjung Emas dengan harga RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak. Kita bertolak sebentar lagi. Jadi pemandu pelancong sebentar Masjid Jamek Muar Istana Hinggap Pejabat Tanah Melalui bawah Jambatan Sultan Ismail